TAHUN 2012????
Banyak perkara bermain di fikiran sekarang ni.....Nak penuhi semua kehendak (SBT...SBP...JPN...PPD...Sekolah....????) ...Yg mana satu nak ikut????
Pihak ni nak macam ni, pihak tu nak macam tu...Fuh....Pening kepala...
Kalau macam ni, boleh bengkok kami...heheheh
Dengan senarai kerja untuk GBKSM tahun depan, terasa macam tak cukup tangan
Mampu ke kami uruskan semuanya?
Ramai yang berfikir GBKSM tiada kerja..goyang kaki...
Bagi semua kerja kat GBKSM sebab mereka tak mengajar...
Bagi semua kerja kat GBKSM sebab mereka kan serba bole???
Bagi semua kerja kat GBKSM sebab mereka boleh handle stress sendiri....
Kami dah lali dengan cakap-cakap sebegini. Adakah disebabkan kami tidak mengajar, kami dianggap relaks? Kami dipandang serong?
Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat tanggapan
Kami GBKSM hanyalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan...Manusia yang ada tahap emosi, tahap kesabaran..Kami tidak sempurna...Kami juga sama seperti guru guru yang lain
Cuma bezanya, kami dilatih untuk handle emosi kami
Kami cuba untuk menjadi rasional walaupun dalam keadaan yang genting
Itulah sebenarnya aset dan kelebihan kami....
Kami boleh meminjamkan "telinga dan bahu" kami kepada pelajar
Bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk meminjamkan "telinga dan bahu" kita
Perkara ini memerlukan fokus, perhatian dan kesabaran yang tinggi
Kami akan tetap cuba untuk fokus walaupun dalam keadaan yang penat dengan kerja kerja lain
Apa yang penting, semua GBKSM samada di KISAS atau mana-mana sekolahpun, kami sentiasa ikhlas dan cuba memberikan khidmat yang terbaik dan yang termampu oleh kami semua
Kalau kita dengar kata kata orang yang tak faham dengan kerjaya kita, kita akan stress...
Biarlah kita telan saja kata kata tersebut dan terus menabur bakti tanpa rasa jemu
Kerja kita banyak dibelakang tabir dan banyak membantu pihak lain
Walaupun kita tidak mendapat nama, apa yang penting niatkanlah di hati bahawa apa yang kita buat semuanya kerana "lillahitaala" dan untuk kebaikan anak-anak murid kita semua
Kita akan berasa puas dan bangga apabila melihat kejayaaan anak anak murid kita
Sabar, Sabar dan teruskan Bersabar...
Prinsip GBKSM KISAS :
Janganlah kita menjadi seperti ayam...
Tetapi
Jadilah seperti penyu
Walaupun bertelur berpuluh/beratus
Tetap diam dan beristiqamah